Friday, May 6, 2016

KELEBIHAN AIIWA COFFEE DARI SUDUT KESIHATAN

Sebagaimana yang kita tahu, asas kopi aiiwa mengandungi Kopi Arabica, Kurma dan Koko. Mari kita pergi lebih mendalam tentang manfaat ketiga-tiga bahan ini



Kopi Arabica
- Kandungan kafein yang paling rendah berbanding dengan kopi-kopi lain, hanya 0.4%-14% sahaja.
- Mengurang risiko stress.
- Menurunkan risiko diabetes.
- Meningkatkan metabolisme badan.
- Memiliki zat antioksidan yang membantu mencegah sel kanser, fungsi kekebalan tubuh, katarak, alzheimer, melambatkan proses penuaan dan lain-lain.




Kurma
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


- Kurma mengandungi gula yang mudah diserap di dalam badan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya melambatkan rasa lapar.
kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.
Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.
- Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.
- Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
- Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
-  Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
-  Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.
-  Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.


Koko sumber http://www.koko.gov.my/lkmbm/loader.cfm?page=industry/GoodnessOC.cfm
- Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

- Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

- Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.



Maka,bayangkan ketiga-tiga bahan yang berkualiti dan bermanfaat ini digabungkan dalam satu minuman. Ia bukan sahaja menjadikan minuman itu sedap, malah menjadi unik kerana mempunyai unsur-unsur kesihatan. Itulah AIIWA COFFEE


SEDAP LAGI MENYIHATKAN

No comments:

Post a Comment